A great WordPress.com site

This slideshow requires JavaScript.

Program Khidmat Masyarakat PSS Pendeta Za’ba, edisi 2012 sekali lagi diadakan di Rumah Seri Kenangan, Arau, Perlis pada 07 April 2012. Objektif program ialah memupuk rasa kesedaran dan keinsafan diri setiap putera puteri PSS Pendeta Za’ba selain menanam sifat menyayangi warga tua. Program ini ditaja oleh Telekom Malaysia(TM) Berhad.Turut hadir memeriahkan progarm ialah Yang Dipertua PIBG dan bekas pengetua sekolah iaitu Tn. Hj. Abu Yazit b. Zain. 

GALERI FOTO.

This slideshow requires JavaScript.

 

 

 

 

Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah peringkat PKG Kodiang telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah (BTPN) pada 17 dan 18 Februari 2012. Para peserta kursus terdiri daripada pengawas-pengawas pusat sumber sekolah-sekolah sekitar PKG Kodiang seramai 54 orang. Kursus ini dirasmikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan,PKG Kodiang, Encik Idham Khalil b. Shuib dan majlis penutup disempurnakan oleh Pn. Rosnah bt Saad, Penolong Ketua Pengarah BTPN Kedah.

Pusat Sumber Pendeta Za’ba telah mengadakan pelancaran Program NILAM  edisi 2012 pada hari Ahad, 29 Januari 2012. Pelancaran Program NILAM ini telah disempurnakan oleh Encik Abdul Hamid b. Hussain, Yang Dipertua PIBG, SMK Tunku Bendahara. Antara atur cara pelancaran ialah ucapan dan perasmian,persembahan resensi buku oleh Tokoh NILAM SMKTB, formasi kawad oleh pasukan Briged Tani dan sketsa bertajuk Cinderella oleh para pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.

Hari ini,Rabu,9 Mei 2012,bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Guru Perpustakaan dan Media (GPM), SMK Tunku Bendahara telah berjaya membina portal baru PSS Pendeta Za’ba. Portal ini dibina sebagai satu pusat informasi secara online kepada warga SMK Tunku Bendahara secara khasnya dan kepada masyarakat Malaysia secara amnya. Diharap kandungan  portal ini dapat dikongsi bersama-sama.

Welcome to WordPress.com! This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Happy blogging!

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.